Video: #JomBN: Jaminan Orang Muda Disambut Baik

KUALA LUMPUR – Manifesto Pemuda Barisan Nasional (BN) utuk Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) nyata diterima baik oleh pemuda di Malaysia.

Rata-rata menganggap bahawa Manifesto yang dikenali sebagai “Jaminan Orang Muda” ini merupakan manifesto yang realisitik dan efektif.

Menurut Presiden Majis Belia Malaysia, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin, manifesto ini nyata telah menaikkan semangat pemuda kerana ia membawakan isu-isu serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pemuda di negara in.

“Saya yakin bukan sahaja anak muda di dalam dewan ini tetapi juga mereka yang berada di luar sana turut menyambut baik dan juga bersemangat terhadap janji orang muda yang diberikan kerajaan BN melalui YB Khairy hari ini.

“Kita lihat 8 jaminan ini adalah isu-isu yang dihadapi oleh anak muda yang begitu dekat dengan seluruh anak muda katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran  Manifesto Khas BN Untuk Orang Muda bertemakan ‘Jaminan Orang Muda: Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda”, berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tadi.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kebangsaan Makkai Sakti, turut bersetuju dengan manaaifesto ini dan menganggap ia boleh ditepati oleh BN.

“Hal ini telah memberikan sejarah yang lebih bermakna kepada pemuda kerana apa yang kita dapat lihat dan ia telah memberi semangat baru kepada pemuda dan ia merupakan kejayaan buat pemuda dan wanita di negara ini.

“Sebrang janji harus ditepati dan pada hari ini segala jaminan dan janji tetap ditepati oleh BN,:ujarnya.

Bagi Exco Pemuda Umno Bukit Bintang,  Zhafirin Mat Yusof pula, manifesto ini akan membawa pemuda di negara ini bergerak ke hadapan.

“Memang manifesto yang dicadangkan ini bertujuan untuk membina generasi muda yang bergerak ke arah hadapan.

“Daripada segi kreativiti dan inovatif dan idea YB Khairy Jamaluddin sangat efektif,”katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.