Sheila Majid Bakal Gegar Stadium Selepas 26 Tahun

Selepas sekian lama menaruh harapan untuk mengadakan konsert di Stadium Negara sekali lagi selepas konsert pertamanya ‘Lagenda’ pada tahun 1991, akhirnya Ratu Jazz tanah air, Datuk Sheila Majid bakal mengadakan konsert pada 5 Ogos depan.

Atas nama Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017, konsert ini bakal menjanjikan persembahan vokal mempersona, lirik menarik dan melodi rancak untuk peminat setia di Stadium Negara.

Konsert ini dianjurkan IME Malaysia, diterbitkan oleh More Entertaiment dan disokong oleh syarikat artis Megada Entertainment. Konsert ini menggabungkan sistem audio berkualiti tinggi, 100 para profesional dan ahli muzik terhebat yang diterajui penerbit muzik tersohor, Mac Chew.

Tiket-tiket berharga RM888 bagi premium (tempat duduk terhad), VVIP, RM68, VIP RM488, CAT1 RM388, CAT2 RM288, CAT3 RM188 dan CAT4 RM98. Harga tiket termasuk 6 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi tidak termasuk RM4 yuran pemprosesan.

Jualan tiket bermula pada 14 April 2017, jam 10 am di www.ticketcharge.com.my atau hubungi 03-9222 8811.-MalaysianDigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.