Emirates Dinobatkan Sebagai ‘The World Best Airline’

SYARIKAT penerbangan Emirates telah dinobatkan sebagai ‘The World Best Airline’ berdasarkan Anugerah Pilihan Pelancong menerusi laman terkenal TripAdvisor.
Manakala, tempat kedua diduduki oleh Singapore Airlines dan seterusnya diikuti oleh Azul Brazilian Airlines.
Pengiktirafan ini diumumkan pada Isnin, berdasarkan jumlah dan mutu ulasan serta rating yang ditulis para pelancong di laman popular itu.
Keputusan ini dikumpulkan bermula tempoh 12 bulan sebelum ini dari para pelancong seluruh dunia.
Ini merupakan kali pertama TripAdvisor memperkenalkan kategori syarikat penerbangan bagi Anugerah Pilihan Pelancong.
Selain mengungguli syarikat penerbangan terbaik, Emirates turut dinobat sebagai Syarikat Penerbangan Utama Terbaik – Timur Tengah & Afrika, Kelas Ekonomi Terbaik, Kelas Pertama Terbaik.
Emirates merupakan syarikat milik kerajaan Dubai, yang telah beroperasi selama 32 tahun dan melakukan penerbangan ke 155 destinasi di 83 negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.