Video: Kren Patah, Pesawat Air India Terhempas

HYDERABAD: Sebuah pesawat Air India terhempas apabila kren yang mengangkatnya patah dipercayai kerana tidak mampu menampung beban pesawat tersebut.

 

Portal Mirror melaporkan pesawat Airbus A320 itu sedang dibawa keluar dari Lapangan Terbang Begumpet di Hyderabad menggunakan kren berkenaan ketika kejadian berlaku.

 

 

Pesawat tanpa penumpang dan anak kapal itu terhempas dari paras 60 kaki ketika dibawa ke pusat latihan penerbangan syarikat itu.

 

Memetik laporan BBC, kren seberat 200 tan itu tumbang ke atas pesawat namun tiada kecederaan dalam insiden itu.

 

Bagaimanapun, pesawat dan kren tersebut mengalami kerosakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.