Tukar Tajuk Program Sekiranya Sensitif – Fathul Bari

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Dr Fathul Bari Mat Jahaya mengesa pihak penganjur menukar tajuk program yang melibatkan penceramah terkemuka dunia Dr Zakir Naik.

 

Menurut beliau, sekiranya tajuk yang digunakan memberi kesan terhadap segelintir pihak, maka ia harus ditukar bagi mengelakkan kemarahan pihak tersebut.

 

“Sekiranya tajuk itu menjadi suatu perkara yang sensitif, yang boleh menimbulkan kemarahan sebahagian atau segelintir pihak, maka saya kira tidak menjadi masalah jika pihak menganjur menukar tajuk.” katanya ketika sidang media di Hotel Putra tadi.

 

Tambah beliau lagi, sekiranya program seperti ini disekat tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu dengan pihak penganjur adalah langkah yang kurang tepat dan menyatakan bahawa pihak penganjur bersedia berbincang dengan pihak penguatkuasa kerana program seperti ini bermatlamatkan mencari titik temu antara perbezaan budaya dan agama.

 
“Adapun sebahagian pihak autoriti menyekat terus program seperti ini tanpa mnjemput atau bercakap dengan pihak penganjur terlebih dahulu, saya kira tindakan tersebut adalah tidakan yang kurang tepat.

 
“Dan pihak penganjur bersedia pada bila-bila masa sahaja sebenarnya untuk berbincang terlebih dahulu sebab kita bukan datang dan adakan program seperti ini untuk menimbulkan perpecahan tapi kita datang dengan cara untuk mencari titik temu yang boleh menyatukan indivdu dalam pelbagai variasi dan pandangan agama masing-masing.” ujarnya.

 
Terdahulu, Ketua polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata forum  di Universiti Teknologi Melaka itu tidak dapat dibatalkan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di negara ini. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.