SPR Mesyuarat Khamis Untuk Tetapkan Tarikh PRN Sarawak Ke-11

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-11.

 

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata mesyuarat itu akan diadakan di Hotel Merdeka Palace, Kuching pada jam 9.30 pagi dan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

 

“Mesyuarat ini akan membincangkan tarikh penting seperti Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya itu dan persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan.

 

“Selepas mesyuarat itu, satu sidang media akan diadakan oleh Pengerusi SPR,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.