Safee Sali Kecewa Pemain Disalahkan, Duit KBS 100 Juta Hilang

KUALA LUMPUR – Penyerang pasukan JDT, Safee Sali kecewa apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pemain bolasepak tempatan kurang berkualiti sekali gus menyalahkan pemain dengan pencapaian yang diraih.

 

Safee yang memuat naik status tersebut di akaun facebooknya membidas tindakan Khairy dengan mengaitkan menteri itu berhubung isu kehilangan wang Kementerian Belia Sukan sejumlah 100 juta.

 

“Kecewa..apabila pasukan kebangsaan ‘ranking’ merudum hanya pemain di persalahkan..tapi bila 100juta ringgit lesap senyap macam tu sahaja.

 

“Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh di gunakan dengan duit sebanyak itu. Sama-sama bantu naikkan imej pasukan bukan hanya menuduh pemain sahaja,”ujarnya.

 

Dalam pada itu, Safee turut membuat pautan kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang turut menyelar tindakan Khairy.

 

Tunku Ismail menerusi kenyataannya berkata, baginda tidak bersetuju dengan kenyataan Khairy dan menasihatkan Menteri Belia Sukan supaya memikirkan semula tindakannya dan perlu menjalankan tanggungkjawabnya untuk memperbaiki permasalahan tersebut.

 

“Antara perkara yang tidak berkualiti adalah beberapa menteri-menteri kita dan persatuan persatuan yang hanya tahu menuding jari dan menyalahkan orang lain tanpa pernah mengambil sikap bertanggungjawab atas kesalahan tersebut.

 

“Individu yang hanya memikirkan diri mereka sama seperti persatuan-persatuan yang tidak bertanggungjawab. Saya berikan anda contoh berdasarkan fakta dan rekod daripada pasukan teknikal kelab kami. Apabila kami memenangi Piala AFC dan Liga Super pada tahun lepas, 60 peratus daripada gol dijaringkan oleh pemain tempatan.

 

“Idea yang digunakan oleh JDT adalah mengutamakan pemain tempatan dan meningkatkan kebolehan mereka. Ini adalah pemain sama yang gagal beraksi cemerlang untuk pasukan kebangsaan. Mengapa? Tanya diri sendiri dan lakukan penyelidikan sendiri. Ia bukannya pemain. Ia adalah organisasi. Orang-orang dalam organisasi yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mendidik pemain dan melaksanakan budaya profesionalisme,”ujarnya -SuaraTV.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.