Netizen Lancar Petisyen Sokong Zakir Naik

KUALA LUMPUR – Susulan daripada keputusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membatalkan program Dr Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), netizen melancarkan petisyen untuk memberikan sokongan kepada pendakwah bebas dari India itu.

 

Dalam laman sosial Facebook, Wardina Safiyyah OfficialPage meminta penyokong pendakwah itu mengisi borang undian untuk menyatakan sokongan kepada pendakwah itu.

 

“Proteges Dr. Zakir Naik dari seluruh dunia akan hadir di sidang media jam 4.00pm di Hotel Putra hari ini. Kami dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur semata-mata demi sidang media ini.

 

“Oleh kerana ini, marilah kita mengisi borang undian ini untuk menyatakan sokongan terhadap Program Syarahan Dr Zakir Naik. Insya Allah, semoga ini merupakan usaha dan jihad kita untuk mempertahankan agama Islam yang diredhai dan dicintai,” menurut laman Facebook tersebut.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati petisyen yang bertajuk ‘Wajarkah Program Syarahan Dr Zakir di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka Diteruskan?’ itu mengandungi tiga soalan untuk diisi netizen.

 

“Undian ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada Program Syarahan Dr Zakir di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka kerana timbulnya desas-desus akhir-akhir ini yang menyebabkan beberapa pihak tidak bersetuju terhadap Program Syarahan Dr Zakir Naik seperti pertubuhan daripada bukan Islam iaitu HINDRAF dan MIC dan pertubuhan daripada Islam iaitu ASWAJA.

 

“Oleh kerana itu, kami melakukan undian ini untuk meraih pandangan anda untuk menyokong Program Syarahan ini supaya ianya berjalan seperti yang dirancang kerana pertubuhan-pertubuhan ini telah melakukan bantahan terhadap Program Syarahan Dr Zakir Naik,” menurut petisyen itu.

 

Tiga soalan yang perlu diisi netizen ialah Adakah Anda Menyokong Program Syarahan Dr Zakir Naik Diteruskan Tanpa Gangguan?; Pertubuhan Seperti HINDRAF dan MIC Sepatutnya Menghormati Islam Sebagai Agama Rasmi dan Tidak Sepatutnya Mencampuri Urusan Agama Islam?; dan Pertubuhan Seperti HINDRAF dan MIC Sepatutnya Hadir dan Berdiskusi Secara Ilmiah dan Harmoni, Bukan Mencetuskan Provokasi Yang Menggugat Keamanan Agama Di Malaysia. – SuaraTV

3 thoughts on “Netizen Lancar Petisyen Sokong Zakir Naik

  • April 11, 2016 at 7:13 pm
    Permalink

    Ya saya menyokong program ini diteruskan seperti yg telah dirancang

    pihak lain patut hormati Islam dan jangan campur urusan Islam

    Hindraf dan MIC sila hadir berdiskusi tak guna buat provokasi murahan

    Reply
  • April 12, 2016 at 3:55 am
    Permalink

    Tiada larangan ke atas Dr Zakir Naik .
    Ini adalah negara islam

    Reply
  • April 12, 2016 at 12:10 pm
    Permalink

    Semua orang bebas bercakap dan jika ada yang tidak puas hati maka dijemput kemajlis ceramah Dr Naik untuk menyatakan pendapat dan pandangannya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.