Mesyuarat Khas SPR Khamis Ini Bincang Tarikh PRN Sarawak

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada Khamis ini.

 

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat berkenaan akan diadakan di sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

 

“Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah itu akan membincangkan mengenai hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan bagi pilihan raya berkenaan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi hari ini (Isnin).

 

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada 31 Mac lalu mengumumkan DUn Sarawak akan dibubar secara rasminya pada 11 April selepas pengumuman tersebut dibuat.

 

Jelasnya, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, telah bersetuju bagi pembubaran itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.