Mahathir Tetap Tolak Hudud

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjadi sebuah negara Islam yang lebih konservatif di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyokong gaya Taliban dalam hukuman jenayah seperti potong tangan dan rejam untuk terus berkuasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Memetik laporan The Austalian, Tun Mahathir berkata, Najib menyokong undang-undang hudud dan sebagai pengenalan, ia dilaksanakan di negeri pantai timur Kelantan, walaupun ia tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan dua pertiga Parlimen persekutuan bagi mengubah perlembagaan dan meningkatkan kuasa mahkamah syariah.

 

“Dia (Najib) bersedia untuk menyokong apa yang dipanggil undang-undang Hudud di mana akan memenggal kepala orang, memenggal tangan mereka dan merejam mereka dengan batu hingga mati. Dia bersedia menyokong kerana dia mahu (parti Islam) menyokong mereka. Itulah Najib.

 

“(Najib) bukan seorang yang sederhana (dalam Islam) dalam erti kata itu. Dia mahu menjadi yang sederhana untuk dunia, tetapi dalam negara, beliau (Najib) bersetuju dengan undang-undang ini syariah (hudud) yang dipanggil sebagai melampau.

 

“Dia tidak peduli apa yang dia lakukan atau apa yang dasarnya adalah selagi dia mendapat sokongan. Dan dia mahu sokongan daripada pembangkang PAS (parti Islam). Pemimpin PAS sedang menyokongnya, ” kata Tun Mahathir yang keluar daripada parti pemerintah yang pernah dipimpinnya dan menyertai gerakan pembangkang bulan lalu bagi menggulingkan Najib.

 

Berita itu turut melaporkan bulan lalu, Najib didakwa telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud bagi menutup isu penipuan rasuah bernilai berbilion ringgit yang melibatkan dana pelaburan negara 1MDB dan 2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun peribadinya.

 

Laporan itu turut menjelaskan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan bahawa kemungkinan (rang undang-undang pindaan perlembagaan akan dibentangkan) pada sesi akan datang (parlimen).

 

Dalam pada itu, laporan itu turut membuat kaji selidik yang menunjukkan peningkatan mendadak sokongan undang-undang Hudud dalam kalangan orang Melayu Islam iaitu dari 47 peratus pada November 2003 kepada 73 peratus pada Februari tahun lalu.

 

Sehubungan itu, turut dilaporkan minggu lalu, Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur menyerbu jamuan makan malam di hotel yang mewah yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan transgender untuk mengumpul wang untuk rawatan HIV. Bagaimanapun, polis masuk acara jemputan itu tanpa waran.

 

Kes-kes lain termasuk serbuan lewat malam di sebuah bilik hotel yang diduduki oleh pasangan suami isteri lebih daripada 20 tahun, yang disyaki sebagai penzina kerana mereka mendaftar masuk di masa yang berlainan memetik laporan tersebut. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.