IS mahu Serang Jerman

BERLIN – Militan IS berhasrat melancarkan serangan di Jerman dan keadaan situasi keselamatan adalah ‘amat serius’, kata ketua agensi perisikan domestik negara itu, (BfV), Hans-Georg Maassen, dalam satu temubual dengan akhbar tempatan.

 

Kumpulan militan itu menyiarkan video menyatakan ia mungkin melancarkan serangan seterusnya di Barat selepas pengeboman di Brussels dan serangan di Paris, menamakan London, Berlin dan Rome sebagai sasaran.

 

Maasen memberitahu akhbar Welt am Sonntag, IS mahu melancarkan serangan di Jerman dan kepentingan negara itu, tetapi menambah: “Buat masa ini kami belum ada maklumat mengenai sebarang rancangan serangan pengganas di negara ini.”

 

Beliau berkata, propaganda IS bertujuan menggalakkan penyokong mengambil inisiatif untuk melancarkan serangan di Jerman.

 

Maasen berkata, ada beberapa kes mengaitkan rakyat negara itu yang baru kembali dari Syria dengan rancangan serangan dan memberi amaran bahaya yang ditunjukkan pejuang dari negara itu kekal ‘merbahaya’.

 

Katanya, negara itu dapat mengelakkan serangan besar berikutan usaha pihak berkuasa keselamatan dan nasib kerana peletup bom tidak berfungsi beberapa kali. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.