Fizo Omar Bidas Isu Fareeda ‘Ciplak’ Tudung

PUTRAJAYA – Pengurus Pemasaran Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Fizo Omar membidas dakwaan segelintir pihak bahawa rekaan tudung Fareeda yang terbaharu adalah ‘ciplak’ dari rekaan tudung lain.

 

Isu tudung Fareeda menciplak rekabentuk tudung lain menjadi viral di laman sosial apabila sesetengah peminat memuat naik gambar persamaan tudung Fareeda yang terbaru dengan koleksi tudung jenama lain yang sudah lama di pasaran.

 

Fizo menegaskan rekaan terbaharu Fareeda langsung tidak menciplak rekaan tudung lain sebaliknya telah mendaftar rekaan tudung terbaharu tersebut, namun beliau mengakui persamaan dari segi corak dan material yang digunakan.

 

“Fareeda setiap keluaran, patern yang kita jahit ini, kita dah daftarkan lebih 100 lebih tudung bukan corak. Yang sama itu adalah corak yang mana corak kita boleh daftar sebab corak itu bukan hak milik kami.

 

“Tudung jenis jahitan cara sambungan itu yang kami daftar tetapi kami tak daftar corak pada kain tersebut yang jadi persamaan adalah corak kain yang mana corak kain ini bergantung kepada trend,” katanya ketika sidang media di Hotel Marriot Putrajaya sebentar tadi.

 

Menurut pelakon popular itu, mereka telah mengeluarkan corak yang sama pada tahun 2012 tetapi mengunakan rekaan yang lain yang juga telah didaftarkan dan mendakwa corak berkenaan telah menjadi trend pada ketika itu.

 

“Pihak Fareeda pada tahun 2012, kami dah keluarkan corak yang sama tetapi design yang kami daftarkan berlainan dan mungkin pada tahun 2012 corak ini dah jadi satu trend dan saya percaya syarikat tudung lain mengambil kesempatan ke atas tudung yang mempunyai corak yang sama,” katanya.

 

Katanya lagi, persamaan corak dalam rekaan yang berlaku pada ketika ini disebabkan syarikat mereka masih tidak mempunyai kilang sendiri bagi memproses dan membuat corak kain sendiri.

 

Justeru mereka terpaksa mengimport material kain dari luar negara yang mempunyai patern corak yang sama dengan syarikat pengeluar tudung yang lain.

 

Terdahulu, Laman Facebook menjadi viral apabila wujud gambar rekaan tudung Fareeda yang didakwa ‘menciplak’ daripada rekaan tudung lain. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.