Debat Terbuka, Guan Eng Dibidas ‘Tidak Jujur’

KUALA LUMPUR – Penasihat media kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak disifatkan sebagai ‘tidak jujur’ untuk mengadakan debat berhubung isu penjualan tanah di Taman Manggis.

 

Elviza Michele Kamal menerusi laman Twitter mempertikaikan tindakan Guan Eng yang dikatakan cuba berdolak-dalih dalam isu tersebut.

 

“Hi YAB @cmlimguaneng. Mohon baca kembali kenyataan akhbar anda bertarikh 11 April 2016 mengenai cadangan debat bersama @mpkotabelud. Tiada ada sesiapapun yang bertukar fikir.

 

“Kami (pejabat menteri) sentiasa berhubung dengan jurucakap YB @anthonyloke yang dilantik sendiri oleh pihak tuan, beliau (Anthony) secara jelas bersetuju (debat diadakan) pada 19 April @cmlimguaneng,” katanya memetik kenyataan tersebut.

 

Menurut Elviza hasil perbincangan dengan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke sebelum ini, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengadakan debat pada 19 April.

 

“Saya tidak faham mengapa anda mendakwa beliau (Abdul Rahman) cuba berdolak-dalih sedangkan cadangan tarikh dan tempat telahpun dibincangkan sebelum ini.

 

“YAB @cmlimguaneng dengan segala hormatnya, walaupun pendekatan politik itu penting namun kejujuran dalam setiap tindakan itu merupakan polisi yang terbaik,” katanya lagi.

 

Guan Eng sebelum ini mendesak   Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sedang dalam rangka lawatan kerja rasmi ke luar negara itu untuk segera pulang ke Malaysia bagi membolehkan debat tersebut diadakan.

 

“Saya tidak undur, tetapi saya bagi dia (Abdul Rahman) sampai 16hb. Selepas itu kita tengok macam mana.

 

“Saya tidak cakap saya tidak mahu berbahas, tidak ada. Tetapi saya mahu dia tunjukkan komitmen dia,” katanya sebelum ini.

 

Abdul Rahman pada Sabtu mengingatkan Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak menarik balik persetujuannya untuk berdebat berhubung kontroversi tanah Taman Manggis.

 

Beliau kini berada di luar negara untuk lawatan rasmi dan dijangka kembali ke tanah air pada 18 April. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.