Asri Tawar Zakir Naik Ceramah Di Perlis

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik boleh menyampaikan ceramah di Perlis jika program ceramah beliau di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dibatalkan kata Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

 

Menurut Asri, beliau telah membincangkan perkara itu dan mendapat persetujuan daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

 

“Alhamdulillah, saya telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perlis untuk menjemput Dr Zakir Naik ke Perlis.

 

“Oleh itu jika ceramah beliau di Melaka digagalkan, InshaAllah Perlis terbuka untuk beliau. Saya sudah bercakap dengan penganjur dan menunggu perkembangan seterusnya,” katanya di laman sosial Facebook beliau.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi tadi membuat keputusan membatalkan program Zakir Naik di UTEM atas faktor keselamatan.

 

Zakir Naik dijadualkan akan berada di UTEM bagi menyampaikan cermah yang bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam’ bermula petang ini sehingga malam.

 

Semalam Zakir Naik mengadakan program di Terengganu dihadiri oleh 30,000 orang ramai pada majlis yang diadakan hasil inisiatif Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

 

Kehadiran Zakir Naik ke negara ini mendapat bantahan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) dan Pemuda MIC kerana bimbang ia akan menyentuh sensitivi agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.