Video: Rakaman Polis Bergaduh Dengan Orang Awam Tersebar

Kuala Lumpur – Rakaman seorang individu bergaduh mulut dengan dua anggota polis tersebar di laman media sosial.

 

Menurut pengendali laman Facebook, kejadian yang berlaku di luar balai polis itu tidak dapat dipastikan lokasi sebenarnya.

 

“Ada mengatakan di Miri dan ada juga mengatakan di Bintulu. Video yang berdurasi selama 2 minit setengah ini menunjukan 2 orang pegawai polis betegang urat dengan seorang lelaki.

 

“Setakat ini punca kejadian dikatakan lelaki ini telah mencabar polis yang sedang bertugas di dalam balai” ujar pengendali laman tersebut.

 

 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt Abdul Razak Mohamad ketika dihubungi SuaraTv berkata pihaknya masih menyiasat kes tersebut dan meminta agar orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi mengenainya.

 

Melalui rakaman berdurasi 2:36 saat, seorang lelaki kelihatan marah sebelum anggota polis tersebut mengarahkannya untuk duduk dan diam.

 

“Kau telah melampau, jangan melampau sangat… kenapa kau cabar polis di sana?” soal anggota polis itu.

 

Lelaki tersebut turut dilihat memperkecil-kecilkan anggota yang bertugas dengan melemparkan kata-kata yang kesat.

 

“Masuk internet kamu, bodohlah, pergi tempat tu dulu… kalau balai sini diaorang buat, kalau takut sana dia tak buat sudah.

 

“Lancau punya kerja, aku mahu undi untuk roket lepas ini” ujarnya sebelum beredar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.