Foto: HINDAR Lebih Berjaya Berbanding Himpunan #KitaLawan

KUALA LUMPUR – Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS yang diadakan di Padang Merbok hari ini dilihat lebih berjaya apabila merekodkan kehadiran lebih 500 orang hadirin.

 

Himpunan tersebut dimulakan dengan solat asar berjemaah yang disertai lebih seratus orang diikuti dengan siri ceramah oleh wakil NGO dan pemimpin PAS.

 

Intipati ceramah sepanjang perhimpunan ini memfokuskan isu GST dan kenaikan harga barang yang dikaitkan dengan perlaksanaan sistem percukaian itu.

 

Dua minggu lepas himpunan #KitaLawan yang dilangsungkan di sekitar Kompleks Sogo hanya dihadiri lebih kurang 300 hingga 400 orang sahaja.

 

Kebanyakan pemerhati politik melihat penganjuran HINDAR oleh PAS sebagai usaha menunjukkan kekuatan bagi membuktikan keupayaan PAS dalam meraih sokongan berbanding rakan pakatannya dalam PR. – SuaraTV

HINDAR - Himpunan Anti GST-1

HINDAR - Himpunan Anti GST-4

HINDAR - Himpunan Anti GST-5

HINDAR - Himpunan Anti GST-3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.