FOTO: DBKL Bekalkan Air Untuk Peserta Anti GST Ambil Wuduk

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengambil inisiatif menyediakan lori tangki air untuk membolehkan para peserta Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) anjuran Dewan Ulama PAS Pusat di Padang Merbok mengambil wuduk.

 

Selain lori tangki, DBKL turut meletakkan sebuah lagi tangki air di lokasi untuk tujuan tersebut.

 

Usaha DBKL itu disambut baik oleh para peserta yang menyifatkannya sebagai langkah terpuji meski pun tujuan himpunan itu diadakan memfokuskan kritikan terhadap dasar kerajaan yang memerintah khususnya berkenaan GST.

 

“Tak sangka DBKL sedia air, biasa dapat hadiah air dari FRU sekarang DBKL bagi air untuk solat,” kata Khairul Mohamad,34, berasal dari Banting yang datang bersama rakannya ke himpunan itu.

 

Sementara itu seorang peserta dari Shah Alam yang hanya mahu dikenali sebagai Izuan meluahkan rasa janggal melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh agensi kerajaan itu.

 

“Rasa janggal, pelik,” ujarnya ringkas tanpa mengulas lanjut.

 

HINDAR yang berlangsung sejak jam 4.00 petang hingga malam itu dihadiri kira-kira 500 orang peserta terdiri dari ahli dan penyokong PAS. Sambutan yang diterima dikatakan lebih baik dari penganjuran himpunan #KitaLawan akhir bulan lalu.

 

Kebanyakan pemerhati politik melihat penganjuran HINDAR sebagai usaha menunjukkan kekuatan PAS kepada rakan pakatan lain dalam PR disamping menonjolkan sokongan ahli PAS kepada kepimpinan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden menjelang muktamar parti itu pada Jun nanti. – SuaraTV

 

Bekalan Air DBKL - Himpunan Derita Rakyat - Padang Merbok-4

 

Bekalan Air DBKL - Himpunan Derita Rakyat - Padang Merbok

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.