Dua Maut, Lima Cedera Dipanah Petir Di Batu Kawan

Batu Kawan – Dua lelaki maut manakala lima yang lain cedera termasuk seorang kritikal selepas dipanah petir ketika berteduh daripada hujan di kawasan kuil yang dalam pembinaan di Batu Kawan di sini, pada Jumaat.

 

Mereka yang maut dalam kejadian kira-kira 7 malam itu ialah pekerja kilang dikenali sebagai N.Arumugam, 42, dan peniaga V.Sivaperumal, 56.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) DSP Shariffudin Abdullah berkata mereka mati di tempat kejadian kerana melecur teruk akibat dipanah petir.

 

“Mayat dua lelaki berkenaan dihantar di Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

 

Beliau berkata lelaki yang kritikal dikenali sebagai S. Gunasegaran, 44, dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

 

Empat lagi yang cedera, yang berusia antara 35 hingga 48 tahun, dirawat di Hospital Sungai Bakap dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

 

“Ketika kejadian, tujuh lelaki berkenaan berteduh di kuil itu kerana hujan lebat dan angin kuat.

 

“Dipercayai kebanyakan mereka baru pulang dari kerja,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.