Diego Costa Terlepas Empat Perlawanan

London – Diego Costa akan terlepas empat perlawanan akan datang bersama Chelsea akibat kecederaan otot belakang paha (hamstring), termasuk pertembungan penting menentang Arsenal.

 

Jose Mourinho dalam sidang media pada Jumaat mengesahkan Costa hanya akan kembali untuk empat perlawanan terakhir musim ini.

 

Costa terlepas tugasnya bersama skuad Sepanyol baru-baru ini akibat kecederaan ketika Chelsea menang 3-2 Di Hull City tetapi kembali beraksi dengan The Blues menentang Stoke hujung minggu lalu.

 

Bagaimanapun, beliau terpaksa dikeluarkan hanya 10 minit selepas dibawa masuk menggantikan Oscar pada babak ke­dua ketika kedua-dua pasukan sedang terikat 1-1 di Stamford Bridge.

 

Dia akan terlepas perlawanan akan datang menentang QPR, Manchester United, Arsenal dan Leicester City, tetapi dijangka kembali bersama Blues ‘selepas empat perlawanan musim ini menentang Crystal Palace, Liverpool, West Brom dan Sunderland.

 

Costa, penyerang utama Chelsea sangat berharap dapat beraksi pada 26 April menentang Arsenal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.