Isyarat Ke-5 Dikesan, Kawasan Carian DIkecilkan

15 pesawat , 13 kapal membantu carian hari ini.

6am: Operasi mencari terus mengecil hari ini yang menjuruskan kepada kedudukan terakhir MH370, selepas kapal Australia ADV Ocean Shield mengesan isyarat yang konsisten dengan pinger kotak hitam pesawat sebanyak empat kali secara berasingan di kawasan yang sama awal minggu ini .

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama ( JACC ), Angus Houston berkata beliau yakin mereka sedang mencari di kawasan yang betul , tetapi bertegas untuk membuat pengesanan visual bangkai pesawat terlebih dahulu sebelum mengesahkan bahawa MH370 telah dijumpai.

Pasukan pencari cuba untuk mengesan lebih banyak isyarat manakala pingers – yang berbunyi setiap satu saat – masih memancarkan bunyi. Ia mempunyai jangka hayat yang dijamin selama 30 hari dan hari ini adalah hari 35 usaha mencari MH370.

Mengesan isyarat tambahan akan membantu pasukan pencari menentukan kawasan carian yang lebih kecil untuk robot autonomi air Bluefin – 21 selepas ini. Ia dilengkapi dengan sonar untuk memetakan dasar laut dan juga ada kamera.

Pesawat yang menggugurkan ‘sonobuoys’ dalam kawasan yang sama, telah mengesan isyarat kelima semalam, tetapi memerlukan analisis sebelum ia boleh ditentukan sama ada ia berkaitan dengan MH370 .

Satu carian visual oleh kapal dan pesawat udara sedang dijalankan di kawasan yang berasingan di lautan, di mana serpihan dijangka dihanyutkan. – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.