Wanita Pakai Busana Bali Bukannya Puteri Arab Saudi

Kecoh apabila gambar seorang wanita yang mengenakan busana tradisional Bali dan dikatakan sebagai puteri Arab Saudi telah menjadi viral di Indonesia.

`Puteri’ berkenaan dikatakan bergambar dengan busana itu selepas selesai menjalani rawatan spa di pulau berkenaan.

Foto-foto berkenaan dimuatnaik oleh pemilik spa terbabit Wayan Adi Sumiran. Disebabkan foto itu memaparkan gambar wanita berkenaan yang terdedah di bahagian bahu, ramai yang mempersoalkan kesahihannya.

Akhirnya Wayan mengakui sendiri bahawa wanita itu bukanlah puteri Raja Salman dan bukan juga anggota rombongan Raja Salman yang sedang berada di Bali.

Sebaliknya dia adalah seorang pramugari yang berada di situ. Selain wanita tersebut, terdapat beberapa orang lagi kakitangan penerbangan yang turut berada di spa terbabit.

“Karena itu saya mohon maaf. Saya klarifikasi pernyataan yang di Facebook itu tidak benar,” ujarnya kepada wartawan Bali, Gita Elhasni.

Ia menjadi viral kerana ketika itu Raja Arab Saudi, Raja Salman dan anggota rombongannya berada di Bali, selepas selesai acara rasmi di negara berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.