Ibu Tetak Kaki Anak Hingga Putus Selepas Gaduh Dengan Mertua

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua setengah tahun cedera parah setelah kakinya putus akibat ditetak oleh ibunya selepas wanita itu bergaduh dengan ibu mertuanya di rumah mereka di Ningxia, China.

Jiran-jiran yang mendengar jeritan kuat kanak-kanak itu terkejut selepas mendapati kaki kanak-kanak itu putus selepas ditetak dengan pisau pemotong daging oleh ibunya yang berusia dalam 30-an.

Wanita itu dipercayai menghidap penyakit mental namun sebelum ini keadaannya tidak seteruk itu.

Nasib baik doktor berjaya menyambung semula kaki kanak-kanak terbabit dalam pembedahan yang mengambil masa selama dua jam.

Menurut doktor, pembedahan itu berjaya namun terdapat risiko memandangkan kanak-kanak terbabit kehilangan banyak darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.