Video: Kumpulan Timbalan Ketua Umno Kecam Mahathir-Muhyiddin

PUTRAJAYA – Kelab Timbalan Ketua UMNO Bahagian (KTUB 1Malaysia) mengecam tindakan bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad yang bekerjasama dengan pimpinan parti pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

Presidennnya Datuk Norizan Ali, berkata mereka mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab tersebut kerana membelakangkan amanah rakyat sekaligus mengganggu-gugat kestabilan negara serta menjejaskan keharmonian rakyat negara ini.

 

 

“Kami telah mengambil ketetapan menolak, mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan untuk mengulingkan kerajaan Malaysia melalui ‘Deklarasi Rakyat’ yang melaungkan slogan Selamatkan Malaysia.

 

“Kita kecewa denganTun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muyiddin dan Datuk Seri Mukhriz yang bersekongkol dengan pembangkang semata-mata untuk menjatuhkan barisan pimpinan sekarang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

Norizan berkata, kemelut persepsi berkenaan secara tidak langsung memberi gambaran negatif seolah-olah wujud ketidakstabilan politik dan pentadbiran dalam kerajaan sekarang.

 

Sementara itu Ketua Umno Bahagain Temerloh, Datuk Abdul Hamid Mohd Nazhar

 

“Kita menyeru kepada semua pihak terutama kepada ahli-ahli parti yang telah terlanjur untuk pulang ke pangkal jalan kerana sejarah telah membuktikan bahawa Umno dan Barisan Nasional adalah satu-satunya parti yang telah membangunkan negara.

 

“Dahulu ketika Tun Dr Mahathir diserang semua orang (ahli Umno) meminta agar kita mempertahankan beliau kerana beliau pada ketika merupakan Presiden parti dan Perdana Menteri… justeru kami menyeru kepada Tun Mahathir untuk kembali kepada parti Umno,” katanya. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.