‘Takkan Nak Bagi Orang Melayu Je Faham’ Kata Yuna

Selepas melancarkan single terbaharu, Crush iaitu lagu kolaborasinya bersama penyanyi terkenal Usher, seterusnya penyanyi kebanggaan Malaysia ini bakal melancarkan album berjudul Chapters pada 20 Mei depan.

 

Difahamkan menerusi album tersebut Yuna meneruskan tradisi bekerjasama dengan nama besar selain Usher seperti Jhene Aiko dan DJ Premier.

 

Meskipun jauh di perantauan, Yuna juga semakin aktif melayani peminatnya menerusi media sosial Twitter sambil-sambil mempromosikan album terbarunya itu.

 

Namun apa yang lebih mencuri perhatian, satu interaksi Yuna bersama seorang peminat yang mahukan beliau menggunakan bahasa Melayu dalam interaksinya.

 

“Hai @yunamusic , awak asyik speaking je, cer cakap melayu sikit” tulis @EncikKhuzairi_

 

Tidak cepat melatah dengan saranan peminat tersebut, Yuna sebaliknya membalas dengan penuh diplomatik menyatakan dia menggunakan bahasa Inggeris untuk berinteraksi agar peminatnya bukan saja di tanah air malah di luar negara memahami apa yang ingin dikongsikannya.

 

“Ate speaking le bior deme 1dunia paham. takkan nak bg oghang melayu je paham.kene le share kamu ni pon kdekut benor!” jawab Yuna Zarai ‏@yunamusic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.