Saya Terima Banyak Maklumat Tentang Kekayaan Anak Mahathir – Ramesh Rao

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) akan terus membongkar siapa sebenarnya, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Presidennya, Ramesh Rao menerusi kenyataannya berkata, ketika ini ada beberapa orang yang tidak senang dan tidak suka dengan gerakan Tun Dr Mahathir Mohamad mula menghubungi pihaknya.

 

“Mereka mula menghubungi saya dan memberikan maklumat kerja jahat Dr Mahathir yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Kita juga sudah menerima maklumat berkenaan harta anak-anak Dr Mahathir yang begitu banyak di sana sini dan punca kekayaan mereka. Saya sendiri akan dedahkan maklumat yang kita ada ini dalam masa terdekat,”katanya.

 

Sehubungan itu menurutnya, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini beliau telah diugut oleh pihak tertentu dengan ugutan akan memburunya tidak kira di mana beliau berada jika terus mengganggu perjalanan gerakan Dr Mahathir.

 

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak gentar sedikitpun dan saya dengan PMSP akan terus bongkar dan bongkar semua kerja Dr Mahathir ini.

 

“Dr Mahathir, sebagai seorang mantan Perdana Menteri yang memegang rekod paling lama berkuasa iaitu selama 22 tahun sepatutnya lebih ampuh dan berani menghadapi cabaran khususnya dari saya dan PMSP yang tidaklah sehebat mana,”katanya.

 

Beliau berkata, bagaimanapun, tindakan mengugut membuktikan Dr Mahathir dan orang-orangnya kini tidak boleh menerima sebarang kritikan.

 

“Sudahlah jadi Perdana Menteri dengan banyak rekod buruk, kini anda mahu terus memburukkan keadaan politik dalam negara dan kerjasama keji dengan pembangkang yang sudah sekian lama hanya berniat menjadikan Malaysia negara kacau bilau.

 

“Saya akan terus membongkar semua maklumat berkaitan Dr Mahathir dan parti pembangkang ini biar apapun yang datang melanda dan dihadapi oleh saya,”akhiri kenyataannya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.