Minum Air Kencing Untuk Rawat Mati Pucuk

Mati pucuk adalah masalah kesihatan yang menjadi dilema dan ‘rahsia gelap’ bagi kebanyakkan kaum lelaki.

 

Bagaimana pula jika rawatan kejutan elektrik pada zakar hanyalah jalan penyelesaiannya? Beranikah anda untuk mencubanya?Gambar: Seekor buaya

 

Namun, itulah antara rawatan mati pucuk yang menjadi pilihan pakar sakit tuan pada 100 tahun dahulu.

 

Manakala masa kini, sejenis pil kecil yang berwarna biru adalah jalan pintas bagi menamatkan penderitaan lelaki yang gagal mendapatkan ereksi pada alat sulit mereka.

 

Di zaman Mesir Purba, mati pucuk dipercayai disebabkan oleh sihir ilmu hitam dan rawatan yang diberikan adalah melumurkan hati buaya hancur pada zakar pesakit.

 

 

MINUM AIR KENCING

 

Ketika abad ke-2 sebelum masihi pula, pengamal perubatan Ayurveda di India dan Tao di China percaya rawatan minum air kencing adalah penyelesaian kepada kegagalan fungsi zakar.Gambar: Terapi minum air kencing

 

Selain itu, pemindahan testikel dari kambing dan penggunaan rawatan bahan radioaktif turut pernah direkodkan pada awal abad ke-20.

 

Malah, kaedah rawatan yang paling ngeri bagi merancakkan hubungan intim kembali ketika abad ke-18 adalah terapi elektrod yang popular sehinggalah abad ke-20.

 

Pada tahun 1870 pula, mandian ‘galvanic’ atau tab air yang dipenuhi dengan elektrod dipercayai oleh pengamal perubatan dapat merawat ‘tenaga batin’ hanya dalam 6 sesi sahaja.

 

Rawatan bagi masalah mati pucuk atau ‘erectile dysfuction’ pada hari ini oleh pakar perubatan turut mengambil kira faktor-faktor lain termasuklah tekanan hidup, kemurungan dan masalah ketagihan alkohol.

 

Malah, memasukkan wayar elektrik ke dalam salur pundi kencing juga pernah menjadi salah satu kaedah dalam merawat mati pucuk.

 

Segalanya berubah apabila sistem penghantaran mula bertambah maju, syarikat The Harness Electropathic Battery Belt telah mengeksploitasinya dengan menjual tali pinggang elektrik pada tahun 1893 yang dipasarkan sebagai alat ‘rawatan elektrik peribadi’.

 

Tali pinggang tersebut mempunyai wayar pembalut zakar untuk mengalirkan cas-cas elektrik yang kecil agar dapat mengembalikan tenaga kepada zakar yang lemah dan kekurangan tenaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!