Mesir Cadang Haramkan Niqab

KAHERAH – Kerajaan Mesir sedang menimbangkan langkah untuk mengenakan lara­ngan terhadap niqab di kawasan awam dan institusi kerajaan selepas tradisi itu dikenal pasti sebagai budaya Yahudi.

 

Mail Online melaporkan, Parlimen Mesir sedang menyiapkan usul berkenaan dan sesi pe­ngundian akan dilaksanakan bagi menguatkuasakan larangan itu.

 

Jelas laporan itu, tindakan tersebut diambil susulan sebuah universiti awam di Kaherah mengenakan larangan terhadap pensyarah wanita memakai niqab pada Oktober lalu.

 

Seorang anggota Parlimen, Amna Nosseir berkata, pemakaian niqab merupakan tradisi wanita Yahudi dan bukan diperkenalkan oleh Islam.

 

“Menurut al-Quran, orang Islam perlu mengamalkan pemakaian secara sederhana yang menutup aurat dan wanita diwajibkan menutup rambut, tetapi mereka tidak diajar untuk menutup muka,” ujarnya yang juga bekas dekan di Universiti Al-Azhar dan anggota Majlis Agung Mesir bagi Hal Ehwal Islam.

 

Sebelum ini, kebanyakan wanita Islam di Mesir memakai tudung untuk menutup rambut, namun trend pemakaian niqab semakin meningkat sejak 20 tahun lalu, sekali gus memaksa kerajaan Mesir mengenakan larangan memakai penutup muka di tempat awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.