Video: ‘Dulu Lawan, Sekarang Ibrahim Ali Tidur Sebantal Dengan DAP’

KLANG – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) cawangan Kapar melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Datuk Ibrahim Ali berkomplot dengan DAP menyokong Deklarasi Rakyat bagi menjatuhkan kepimpina negara.

 

Menurut Pengerusi Perkasa Parlimen Kapar, Rahman Sa’at tindakan Ibrahim selaku Presiden diumpamakan sebagai ‘musuh dalam selimut’ kepada orang Islam dan Melayu.

 

“Tindakan Perkasa bersekongkol dengan parti rasis DAP untuk menyokong deklarasi rakyat jelas membuktikan mereka ini merupakan musuh utama orang Islam dan Melayu hanya kerana mahu menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

“Sejak penubuhan Perkasa 8 tahun lepas, pertubuhan itu tanpa henti mencanangkan secara tegas bahawa NGO itu akan memusuhi DAP sampai mati yang secara terang-terangan memperjuangkan fahaman chauvinis dan menindas masyarakat Melayu di negara ini,” katanya ketika sidang akhbar di sini, malam tadi.

 

 

Rahman turut menyelar tindakan Perkasa yang cuba berdolak-dalih apabila ada dikalangan ahli yang mempertikaikan tindakan tersebut.

 

“Contohnya tindakan kerajaan DAP terhadap nasib orang Melayu di Pulau Pinang dan mereka sanggup mengadai maruah perjuangan, menaiki kapal yang sama dan tidur bersebelahan dengan DAP di atas katil empuk hasil kerja tangan negarawan ulung, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

“Malah mereka (Ibrahim) turut berdolak dalih mengenai kehadiran mereka ketika majlis menandatanggani deklarasi rakyat Jumaat lalu kononnya ia dibuat atas kapasiti individu dan bukannya Perkasa,” ujarnya lagi.

 

Seramai 27 orang ahli cawangan tersebut mengumumkan keluar Perkasa dengan mengunting kad keahlian mereka sebagai tanda simbolik. – SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.