White House ‘Permain’ Petisyen Rakyat Malaysia Tolak Campurtangan AS

Entah apa lagi yang mahu diperkatakan. Semalam petisyen ‘FreeAnwar’ dikeluarkan dari laman sesawang ‘We The People’ White House dan digantikan dengan mesej, “Petisyen yang anda cuba akses dikeluarkan daripada laman web ini di bawah Dasar Kesederhanaan kami kerana ia melanggar Syarat Penyertaan.”

 

Spontan, mungkin bekas duta Amerika Syarikat, (AS) ke Malaysia, John R. Mallot, individu yang memulakan petisyen ‘FreeAnwar’ menghantar perutusan kepada kroni-kroninya di White House dan dalam tempoh 24 jam, petisyen ‘FreeAnwar’ kembali tersenarai.

 

Lebih menarik, petisyen ‘FreeAnwar’ pagi ini kini sudah mencatatkan 106,472 tandatangan, sekaligus melepasi tahap 100,000 dalam tempoh 30 hari dan membolehkan AS memberikan tindakbalas terhadap petisyen itu.

 

Apa yang lebih membingungkan, petisyen ‘Menghormati kedaulatan Malaysia’ pula yang kini terjejas.

 

Tanpa penjelasan, jumlah penandatangan yang sudah cecah 72,000 dikurangkan dan kini menjadi sekadar 12,070, sedangkan terma untuk membuka petisyen di laman sesawang White House tidak menyatakan terma sedemikian wujud.

 

Lalu, ada beberapa persoalan yang perlu difikirkan warga Malaysia berhubung isu ini.

 

Pertamanya, kita boleh merumuskan bahawa AS sememangnya dalang besar yang wujud di dunia ini semata-mata untuk cuba memporakperandakan mana-mana negara di dunia selagi tidak mahu mengikut telunjuk demokrasi cara mereka.

 

Buktinya, nilai sendiri segala tindak tanduk AS yang jelas melanggar segala macam peraturan yang ditekankan terhadap negara lain.

 

Keduanya, rakyat yang cintakan negara harus sedar bahawa wujud pengkhianat dalam negara ini sejak dulu sehingga sekarang.

 

Sejumlah 106,472 penandatangan yang menyokong AS campurtangan dalam urusan perundangan negara sekaligus membuktikan sikap khianat mereka terhadap kebebasan dan kedaulatan negara.

 

Ketiganya, sejumlah lebih 70 ribu penandatangan petisyen ‘Menghormati kedaulatan Malaysia’ sudah menghantar mesej jelas bahawa warga Malaysia tidak mahu White House campurtangan urusan perundangan dan kedaulatan negara.

 

Walau apa sekalipun, ketahuilah bahawa rakyat yang cintakan Malaysia tidak sesekali akan rela membenarkan campurtangan asing, waima dengan jemputan pengkhianat negara sekalipun. – BNBBC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.