Video: Siapa Nak Mengaku Bila Kentut, Azalina ‘Perang’ Dengan Nurul Izzah

Kuala Lumpur – Persidangan Dewan Dewan Rakyat pada hari ini sedikit tegang apabila Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Penggerang) membidas ucapan perbahasan menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong yang dibuat oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) semalam.

 

Azalina ketika membahaskan titah ucapan tersebut berkata kasihan dengan anak sulung Ketua Pembangkang itu  dikatakan marah dengan keputusan Mahkamah Persektuan kerana menjatuhkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

 

“Sebagai anak memang itu tanggungjawab kita, tak ada orang yang mempunyai akal akan mengaku ahli keluarga kita melakukan jenayah…. kita memang kesian dengan Lembah Pantai sebab dia marah, (sepatutnya) sebagai anak nombor satu dalam keluarga nasihatkanlah (Anwar Ibrahim) jangan buat perkara yang tak senonoh.

 

“Cakap dengan ayah, tak payahlah nak berpolitik duduklah kat rumah jaga cucu” ujar Azalina sebentar tadi.

 

Namun kenyataan Azalina itu menimbulkan kemarahan ahli-ahli dewan dari pembangkang sehingga menyebabkan suasana dewan menjadi kecoh.

 

“Tak kanlah nak cakap sikit pun tak boleh, inilah masalah dengan pembangkang.

 

“Dia boleh bercakap tapi kita (penyokong Barisan Nasional) tak boleh bercakap” bidas Azalina pula.

 

Tidak tahan dengan ‘serangan’ yang dilemparkan oleh bekas Ketua Puteri UMNO itu, Nurul Izzah bingkas bangun untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan itu.

 

Nurul Izzah semalam menuduh hakim tunduk kepada kehendak politik, rakan jenayah pembunuhan dan menjual diri kepada syaitan demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan.

 

Menurut Azalina, pembangkang akan menganggap hakim yang membuat keputusan memihak kepada mereka sebagai malaikat tetapi jika keputusan sebaliknya, hakim akan dihina malah dilabel sebagai syaitan.

 

“Bila pembangkang menang saman kes di mahkmah, hakim diangkat seperti malaikat, tapi bila kalah hakim adalah syaitan.

 

“Inilah masalah dengan pembangkang” ujar Azalina lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.