Video: Kerajaan Hanya Bayar RM1,000 Pada Shafee Abdullah – Nancy Shukri

Kuala Lumpur – Pihak kerajaan hanya membayar sebanyak RM1,000 kepada Peguam Kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai kumpulan pendakwaan kes liwat Datuk Sei Anwar Ibrahim.

 

Demikian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri ketika menjawab solan Ahli Parlimen Bakri (DAP) Er Teck Haw di Dewan Rakyat hari ini.

 

 

“Ingin saya maklumkan bahawa pendedahan jumlah bayaran bagi perkhidmatan beliau hanya boleh dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak terbabit iaitu Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Muhammad Shafee sendiri.

 

“Sehubungan dengan itu, berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak dimaklumkan bahawa jumlah pembayaran untuk perkhidmatan yang diberikan kepada Tan Sri Muhammad Shafee adalah sebanyak RM1,000,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

 

Tambah, Nancy, pemilihan Shafee sebagai peguam yang mengetuai kumpulan pendakwa raya telah dipersetujui pejabat peguam negara, ini bagi menggelak tomahan dari pihak pembangkang sekiraya kes liwat Anwar dikendali pejabat peguam negara.

 

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, sekali gus memberikan kemenangan kepada pihak pendakwa raya yang diketuai Shafee.

 

Menurut Nancy pendedahan jumlah bayaran berkenaan dibuat selepas persetujuan oleh Jabatan Peguam Negara dan Muhammad Shafee setelah berulang kali perkara itu dibangkitkan di Dewan Rakyat.

 

Beliau berkata sebelum ini, ia tidak didedahkan bagi menghormati etika perhubungan profesionalisme dan kerahsiaan antara majikan dan pelanggan.

 

Ahli parlimen Batang Sadong itu menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) mengenai jumlah perbelanjaan yang dibayar kepada Muhammad Shafee sepanjang kes Anwar dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

 

Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

 

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.