Video: Kabin Krew ‘Berjoget Dalam Pesawat’ Tarik Perhatian Penumpang

SEORANG pramugari bertindak berani apabila menari diiringi lagu bagi menghiburkan penumpang yang bosan menunggu pesawat untuk berlepas.

 

Sebuah video yang dipercayai dirakamkan oleh salah seorang penumpang menunjukkan pramugari berkenaan yang tidak diketahui namanya menari dengan berlatarkan lagu popular ‘Uptown Funk’ nyanyian Mark Ronson dan Bruno Mars di dalam pesawat.

 

 

Menurut seorang pemegang akaun laman sosial Reddit dengan nama ‘Simian_King’ yang memuat naik video itu, pramugari tersebut sebenarnya adalah kakaknya yang merupakan bekas penari ‘breakdance’ sebelum bertugas dengan sebuah syarikat penerbangan.

 

Tindakan pramugari itu bagaimanapun berhasil apabila meraih sokongan dan tepukan daripada para penumpang yang terhibur. – mirror.co.uk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.