Video: ‘Allah Muliakan Pekerja Bangladesh Ini Dengan Al-Quran’

Kuala Lumpur – Tindakan seorang pekerja stesen minyak yang mengalunkan bacaan ayat-ayat al-Quran ketika mengisi minyak berjaya menarik perhatian pengguna Facebook.

 

SuaraTV difahamankan situasi bermula apabila aksi spontan pekerja tersebut, menarik perhatian salah seorang pelanggan stesyen minyak berkenaan yang kemudiannya merakam sebelum memuatnaik video tersebut di laman media sosial.

 

Rakaman berdurasi 0:26 saat itu kemudiannya ditonton hampir 100 ribu pengguna Facebook dan mendapat 18,784 “Like’.

 

 

Rata-rata melahirkan rasa kagum dengan alunan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan oleh pekerja tersebut.

 

“Saya pernah jumpa sorng mcm ni.. pekerja petronas kemuning.. mengalunkan surah Al Rahman dengan merdu dalam solatnya… sy menjadi makmumnya.. terasa diri ini cukup kerdil apabila berhadap dgn hamba Allah yg mampu membaca n menghafal Al-Quran dgn baik.. d tambah lg apabila dpt menghayati maksud surah tersebut” ujar Wandays Hediaki Idiajun.

 

“Mgkin dia hina di mata kita tapi di pandangan Allah dia sangat dimuliakan Allahuakbar” uajr Shaleh Vs Hazard pula.

 

Sementara itu menurut Solehin Salleh di laman Facebooknya, Allah telah memuliakan pekerja tersebut dengan Al-Quran.

 

Menurut pengendali laman Facebook tersebut, lelaki warga Bangladesh ini merupakan Imam di negara asalnya sebelum mengambil keputusan untuk merantau bagi mencari rezeki.

 

Tiada sebarang maklumat mengenai lokasi dan bila kejadian ini dirakamkan, namun SuaraTv difahamkan stesyen minyak ini terletak di Klang, Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.