Video: Aksi Tetak Tersebar Di Media Sosial

Singapura – Sebuah video melibatkan seorang lelaki menyerang seorang lelaki lain menggunakan senjata tajam telah viral selepas dimuatnaik ke laman sosial Facebook, Twitter dan Youtube.

 

Video berdurasi 25 saat memaparkan seorang lelaki berbaju putih kelihatan cuba menetak seorang lelaki berbaju hitam di depan orang ramai.

 

 

Menurut laporan Straits Times Singapura, kejadian tersebut berlaku di sebuah kolej di Singapura

 

Sebuah tweet pula menunjukkan video pergaduhan awal beserta ayat ” Seorang cedera dan jarinya hampir putus.”

 

Selain daripada itu, foto menunjukkan darah, kereta polis dan van ambulans juga dimuatnaik.

 

Polis menahan seorang pemuda berumur 16 tahun untuk membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.