Sultan Perak Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-237

Kuala Lumpur – Sultan Perak, Sultan Dr. Nazrin Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-237 di Istana Negara.

 

Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok dihadiri semua raja Melayu kecuali Pahang yang diwakili Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Johor tidak menghantar wakil.

 

Kesemua Yang Dipertua Negeri turut hadir ke mesyuarat tersebut.

 

Dalam mesyuarat itu, raja-raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak diiringi ketua menteri masing-masing. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.