Selepas Diana Bercoli, Ainul Aishah Pula ‘Berbikini’

Belum pun reda isu kontroversi yang terpalit ke atas aktres jelita, Diana Danielle apabila aksi beraninya tampil dengan gaya bercoli untuk sebuah majalah antarabangsa, timbul pula kisah seorang lagi pelakon tempatan yang menjadi bahan ‘viral’ di laman sosial.

 

Menerusi laman Instagram pelakon, Ainul Aishah, 29, memuat naik sekeping gambarnya yang menunjukkan dia berada di sebuah pulau. Gambar tersebut seolah memperlihatkan dia memakai bikini berwarna biru.

 

Pada gambar itu, dia menulis kapsyen memberitahu dia tidak sabar untuk memulakan kerja dan mahu berehat selepas bekerja tanpa henti selama ini.

 

Lantas banyak komen berbaur kritikan dalam kalangan peminatnya sehingga menimbulkan perbalahan kerana meskipun ada yang menghentam Ainul dengan komen pedas, tidak kurang ada yang menyokong pelakon filem Histeria ini.

 

Ini kerana gambar yang dikongsikan Ainul itu jika sekali imbas memang seperti menampakkan dirinya berbikini.

 

Bagaimanapun, bagi tidak mahu keadaan bertambah keruh, Ainul telah memuat naik gambar keseluruhan baju yang dipakainya ketika itu untuk menjelaskan situasi sebenar.

 

Ainul Aishah 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.