Rumah Putih Tersilap Buang Petisyen – Kedutaan

Rumah Putih hari ini mengaku tersilap menarik keluar petisyen yang disiarkan di laman webnya menggesa pentadbiran Barack Obama membebaskan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkata semakan penipuan standard Rumah Putih pada 9 Mac mendapati banyak tandatangan yang janggal pada petisyen berhubung pemenjaraan Anwar dan pelbagai petisyen berkaitan isu sama.

 

“Terdapat banyak petisyen berkaitan isu ini, dan selepas penilaian susulan, Rumah Putih dapati petisyen yang ditarik keluar itu bukan yang mengandungi tandatangan palsu,” menurut kenyataan dikeluarkan kedutaan itu di laman Facebooknya.

 

“Bertanggungjawab atas kesilapan itu, Rumah Putih mengaktifkan semula petisyen yang bertajuk ‘Make the Release of Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim from Prison a Top Priority for U.S. Policy Toward Malaysia’ (Jadikan Pembebasan Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim Keutamaan Tertinggi bagi Dasar AS Terhadap Malaysia) itu.

 

“Ia juga memanjangkan tarikh akhirnya mengambil kira masa yang hilang semasa petisyen itu ditarik keluar. Tiada tandatangan yang dibuang,” katanya. – M.Insider

 

US Embassy - Petition

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.