Rumah Kapten Pasukan Pahang Ditembak

KUANTAN – Rumah kapten skuad Tok Gajah, Mohd Razman Roslan, 31, ditembak menyebabkan cermin belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya pecah dalam kejadian di Lorong Kubang Buaya 35, di sini tengah malam tadi.

 

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu apabila Razman bersama keluarganya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di luar kediamannya.

 

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiada kecederaan dilaporkan namun hanya cermin belakang MPV Toyota Vellfire milik pemain berkenaan pecah.

 

“Kita menerima laporan tengah malam tadi sebelum mengerahkan anggota untuk melakukan siasatan terperinci berkaitan kejadian itu.

 

“Setakat ini menurut saksi kemungkinan suspek melepas tembakan lebih daripada satu kali dan kita masih menyiasat motif kejadian itu,” katanya ketika dihubugi, di sini.

 

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dibimbangi akan mengganggu siasatan polis. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.