Marah Kerana Sering Diraba, Gadis Cipta Baju Besi

Kabul – Seorang artis muda Afganistan mencetuskan gempar di negaranya apabila mencipta baju besi berbentuk payudara dan punggung malah memakai pakaian itu sambil mengelilingi ibu kota Kabul, lapor media tempatan.

 

Kubra Khademi, 27 tahun, bertindak demikian baru-baru ini sebagai bentuk protes susulan tingginya angka kes gangguan seksual terhadap golongan wanita di negara itu, malah beliau sendiri salah seorang mangsa pencabulan tersebut.

 

Baju perisai itu diperbuat oleh seorang tukang besi tempatan dengan harga 576 afghani (RM37) dan dia cuba berjalan di Kabul dengan pakaian tersebut bagi ‘mencekup’ lelaki miang yang cuba menyentuh buah dada dan punggungnya.

 

Baju Besi 1

 

“Semua berjalan lancar dan ramai beri kata-kata semangat,” kata Kubra yang pernah dicabul beberapa kali semasa berusia 5 tahun oleh segelintir ‘kaki seks’ Afghanistan dan pengalaman ngeri itu turut dialami ramai wanita di negara tersebut.

 

Insiden silam itu memberi idea kepada Kubra yang berazam mereka pakaian dalam diperbuat daripada logam, sekali gus menyelamatkan mangsa daripada diperkosa jika kain baju wanita berkenaan tiba-tiba terlucut dan membangkitkan nafsu.

 

Namun, tindakan terlalu beraninya itu mengakibatkan dia kini terpaksa bersembunyi setelah menerima beberapa ancaman bunuh menerusi e-mel daripada pihak tidak dikenali, bahkan terpaksa meninggalkan kediamannya buat sementara waktu.

 

Lebih teruk, Kubra dicaci maki dan dilempar batu kecil oleh beberapa kumpulan pemuda yang marah melihat fesyen terbaharu wanita itu yang dianggap sengaja menonjolkan susuk payudara dan punggung mengiurkan kepada lelaki ‘lemah iman’.

 

Ini menyebabkan artis tersebut terpaksa menutup semula baju besi itu di dalam selubung jaket dan menyelamatkan diri dengan menumpang teksi untuk pulang ke rumah kerana didakwa tidak berpakaian tradisional burka. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.