Malaysia Persoal Kredibiliti White House

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan kredibiliti sistem petisyen White House apabila menolak petisyen Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk satu malam sahaja.

 

Beliau juga tidak boleh menerima kelemahan sistem IT yang diguna pakai White House itu kerana kesilapan itu hanya akan menjadi bahan jenaka masyarakat dunia.

 

“Amerika Syarikat sepatutnya ada sistem IT yang tercanggih. Apatah lagi sistem ini diguna pakai mereka.

 

“Hari ini kata ada kesilapan. Bayangkan misalnya kes-kes ini berlaku di Malaysia, sudah pasti ia jadi tajuk dunia dan diketawakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Rumah Putih itu semalam yang kecewa dengan penolakan petisyen rayuan terakhir Anwar di saat akhir disebabkan masalah teknikal sistem teknologi maklumat kedutaannya di Malaysia.

 

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman turut melahirkan rasa kecewanya apabila petisyen menuntut campur tangan kerajaan Amerika itu diteruskan walaupun terdapat unsur penipuan.

 

“Petisyen ini ditandatangani oleh orang yang sama dan berlaku penipuan. Hari ini berubah, penolakan itu ada kesilapan teknikal,” katanya lagi. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.