Makan Nasi Bungkus, Tunku Azizah Tak Mampu Upah Pendadan Rambut

Kuala Lumpur -Pengguna media sosial sebentar tadi terkejut apabila membaca status yang dimuatnaik oleh Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di laman sosial Instagramnya..

 

Status mengenai harga pendandan rambut itu dikatakan menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 

tengku puan pahang 1

“There goes my diet… Oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!,” tulis isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah.

 

Mungkin kerana enggan disalahertikan, Tunku Azizah kemudiannya mengubah status berkenaan menjadi lebih ringkas.

 

“There goes my diet.” (Habislah diet saya)” ujarnya kira-kira satu jam selepas gambar itu dimuatnaik di Instagram.

 

Portal pro-pakatan rakyat sebelum ini cuba mengaitkan isu tersebut dengan Rosmah apabila beliau bercakap isu kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

 

Rosmah ketika menyampaikan ucapan di majlis penerangan cukai barangan dan perhidmatan (GST) menzahirkan kebimbangan pengguna turut meminta agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meneliti aduan tersebut.

 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dalam satu kenyataan sebelum ini berkata isteri perdana menteri itu hanya merungut tentang harga tersebut selepas penyedia khidmat rumah ke rumah meletakkan harga setinggi itu.

 

“Beliau berkata hendak cat rambut, mereka datang ke rumah dan harga ditawarkan RM1,200, beliau berkata ‘amboi mahalnya’.

 

“Bukan beliau bayar, beliau merungut kenapa mahal sangat. Itu maksudnya,” kata Ahmad di Cyberjaya hari ini.

 

“Saya ada di majlis (bersama Rosmah) itu, tetapi telah diputar menjadi negatif. Hasrat Rosmah asalnya positif.” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.