Liga Juara-Juara: Real Madrid Mara Ke Suku Akhir

Madrib – Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid terselamat mara ke suku akhir dengan agregat 5-4 walaupun tewas buat pertama kali sebagai tuan rumah dalam kejohanan itu sejak April 2011.

 

Real Madrid ditewaskan Schalke dalam perlawanan pusingan 16 liga dengan 3-4.

 

Permainan sejak minit pertama menyaksikan Real Madrid dan Schalke sama-sama agresif dalam melancarkan serangan.

 

Bagaimanapun, Schalke membuat kejutan dengan memulakan gol pembukaan pada minit ke-20 hasil tendangan Christian Fuchs.

 

Real Madrid berjaya menyamai kedudukan 1-1 selepas lima minit apabila Cristiano Ronaldo menjaringkan gol hasil umpan daripada Toni Kroos.

 

Schalke kembali mengungguli perlawanan dengan 2-1 pada minit ke-41. Kali ini, giliran Klaas-Jan Huntelaar yang membolosi gawang yang dikawal Iker Casillas dengan melepaskan tendangan padu dari jarak dekat.

 

Namun sebelum separuh masa pertama berakhir, Real Madrid kembali menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol kedua Ronaldo.

 

Pada babak kedua, Real Madrid mendahului  3-2 selepas Karim Benzema menjaringkan gol pada minit ke-52.

 

Bagaimanapun, lima minit kemudian Schalke kembali menyamakan skor kepada 3-3 selepas Leroy Sane melepaskan tendanganya.

 

Schalke memperlihatkan perjuangan hebat dengan strategi serangan pemain. Hasilnya, pada minit ke-84 pasukan itu kembali membolosi gawang Real Madrid dengan sepakan Huntelaar pada minit ke-85.

 

Schalke memenangi perlawanan ke atas pasukan tuan rumah dengan 4-3.

 

Namun, keunggulan agregat 4-4 membuatkan Real Madrid tetap berpeluang memasuki suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.