Jepun Peringati Ulang Tahun Keempat Tsunami

TOKYO – Jepun hari ini memperingati ulang tahun keempat bencana tsunami yang meragut beribu-ribu nyawa dan mencetuskan krisis nuklear sambil mereka yang terselamat masih belum berupaya untuk mengikis memori tragedi berkenaan.

 

Majlis memperingati bencana itu diadakan di pekan dan bandar raya di sekitar zon bencana dan di Tokyo, Maharaja Akihito dan Maharani Michiko mengetuai upacara bagi mengenang mereka yang terkorban dalam bencana terburuk di negara terbabit.

 

Seluruh negara bertafakur sejenak dan disusuli siren kecemasan yang akan diletakkan pada jam 2.46 petang ini (waktu tempatan) iaitu saat gempa bumi berukuran 9.0 magnitud itu yang menggegar Jepun.

 

Kesan gegaran yang begitu dahsyat menyebabkan ombak besar berkelajuan seperti jet membadai pantai dan dalam beberapa minit, penduduk tidak berupaya berbuat apa-apa sehingga ramai yang lemas.

 

Agensi Polis Kebangsaan berkata, seramai 15,891 orang disahkan terkorban dalam bencana itu manakala 2,584 lagi masih disenarai hilang.

 

Anggota badan manusia kadangkala masih ditemui selepas bertahun-tahun.

 

Beribu-ribu orang yang terseksa akibat tsunami sehingga kini masih belum berupaya melupakan kenangan pahit pada 2011 itu.

 

Bagi mereka, rasa pilu yang dialami akan pudar kerana mereka masih belum dapat menemui mayat orang tersayang.

 

“Seseorang patut buat begini, berjalan di sepanjang pantai,” kata Takayuki Ueno yang berlegar di pantai pada hujung minggu untuk mencari anggota badan anak lelaki berusia tiga tahunnya yang maut dalam tsunami berkenaan.

 

“Jika tidak, maka tiada kemungkinan bahawa sesiapa akan ditemui,” kata seorang lelaki berusia 42 tahun yang kehilangan anak perempuan dan ibu bapa yang terkorban dalam tsunami di utara Fukushima. – AFP / BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.