ISIS Potong Tangan Pencuri Motorsikal

Damsyik – Sejurus selepas mahkamah yang ditubuhkan oleh militan IS memutuskan seorang lelaki bersalah atas kesalahan mencuri motorsikal, tangannya dipotong oleh Kumpulan Militan Negara Islam (IS) sebagai hukuman.

 

Gambar militan IS memotong tangan pencuri itu disiarkan menerusi laman sosial penyokong IS yang menunjukkan dua orang lelaki bertopeng membawa sebuah beg bimbit yang mengandungi peralatan pisau pemotong daging, pembalut dan cecair pembersih sebelum menjalankan hukuman kepada suspek.

 

Mereka juga dilihat menggunakan cecair pembersih bagi mengelakkan tangan suspek dijangkiti kuman.

 

Orang ramai termasuk golongan remaja mengelilingi lokasi hukuman itu dijalankan.

 

Memetik laporan portal Mail Online, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Syria.

 

Berdasarkan beberapa keping gambar lain yang dikongsi di laman sosial itu, kelihatan seorang lelaki membacakan kesalahan yang dilakukan oleh suspek sambil orang ramai termasuk golongan remaja mengelilingi lokasi hukuman itu dijalankan.

 

Laman perkongsian fail arab, Nasher turut menyiarkan gambar suspek dirawat selepas tangannya dipotong dan dipercayai gambar itu merupakan sedutan daripada video yang masih belum disiarkan oleh militan IS.

 

Beberapa hari sebelum itu, seorang remaja lelaki menerima nasib yang sama atas kesalahan mencuri di Mosul, Syria.

 

Ada juga pihak yang mendakwa bahawa militan IS menggunakan dadah untuk menenangkan suspek agar tidak bertindak agresif semasa hukuman dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.