Google Umum Kemas Kini Android 5.1

Kuala Lumpur – Syarikat teknologi gergasi, Google telah melancarkan secara rasmi, kemas kini untuk Android 5.1 (Lollipop), dalam satu kenyataannya pada Isnin.

 

Dengan peningkatan kemas kini ini, platform sistem operasi tersebut kini lebih stabil dengan prestasi yang lebih baik dengan penawaran beberapa ciri-ciri baru.

 

Antara ciri-ciri tersebut termasuklah sokongan untuk penggunaan kad SIM yang pelbagai, Perlindungan Peranti (Device Protection) serta panggilan suara definisi tinggi (High Definition) pada peranti yang serasi.

 

Pengguna kini boleh berkongsi peranti anda dengan ahli keluarga lain, sekaligus dapat memberikan lebih variasi dalam penggunaan.

 

Android Lollipop 5.1 kini membolehkan pengguna untuk menggunakan lebih daripada satu kad SIM pada peranti yang dibekalkan dengan beberapa slot kad SIM.

 

Dengan Perlindungan Peranti (Device Protection), peranti anda yang hilang atau dicuri akan terus terkunci sehingga anda log masuk dengan akaun Google anda, meskipun telah diformat kepada tetapan kilang (Factory Setting).

 

Panggilan suara definisi tinggi menampilkan panggilan yang lebih jelas dengan HD Voice, di antara kalangan peranti yang menggunakan platform Android 5.1.

 

Selain itu, ada juga beberapa perubahan kecil pada UI, seperti keupayaan untuk menyambung kepada rangkaian Wifi atau kawalan peranti berpasangan Bluetooth.

 

Android 5.1 akan didatangkan pada peranti Nexus terbaru, Nexus 6 dan Nexus 9, sebelum boleh dikemas kini pada peranti terpilih lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.