Dividen KWSP Tinggi Bukti Pelaburan Luar Negara Termasuk Di AS Berbaloi – Khairul Azwan

KUALA LUMPUR – Pengumuman pembayaran dividen tertinggi oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuktikan pelaburan yang dibuat di Amerika Syarikat satu pelaburan yang bijak.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata ia juga cerminan pentadbiran cemerlang kerajaan Barisan Nasional (BN).

Berita Berkaitan:

“Buat Apa Bubuh Bawah Bantal, KWSP Perlu Banyak Melabur Di Luar Negara” – Dr Mahathir

“KWSP tidak pernah gagal dalam memberikan pulangan dividen yang stabil dan konsisten kepada para pencarum setiap tahun.

“Kadar dividen yang tinggi saban tahun adalah hasil daripada strategi pelaburan bijak KWSP yang memilih untuk melabur dalam dan luar negara.

“Ternyata, pilihan KWSP untuk melabur di Amerika Syarikat merupakan antara bukti pelaburan yang bijak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pelaburan dan perdagangan kini terus berkembang pesat seperti yang dijangka.

Beliau pada masa sama menggesa golongan muda menolak berita palsu dan propaganda Pakatan Harapan.

“Pakatan Harapan tidak memiliki sebarang agenda pembangunan ekonomi.

“Mereka hanya bersandarkan pada politik menghasut dan menakut-nakutkan rakyat serta pembohongan semata-mata,” katanya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.