Tiada Menteri Letak Jawatan, Kata Sumber Putrajaya

KUALA LUMPUR – Sumber yang rapat dengan Putrajaya menafikan dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali kononnya seorang menteri kanan meletakkan jawatan.

 

Sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu ketika dihubungi SuaraTV berkata, pihaknya langsung tidak mendengar sebarang maklumat mengenai isu yang dibangkit Azmin itu.

 

“Saya langsung tidak mendengar mengenai perkara tersebut dan apa yang boleh saya katakan isu tersebut tidak berasas sama sekali.

 

“Sekiranya perkara tersebut betul, sudah pasti Azmin telah menamakan menteri yang dimaksud itu,” kata sumber tersebut.

 

Terdahulu Azmin melalui laman Twitternya berkata seorang menteri kanan meletak telah melepaskan jawatan kerana “tidak mahu bersubahat” dengan isu 1MDB.

 

Bagaimanapun melalui status Twitter itu Azmin tidak menyatakan secara jelas menteri berkenaan, sebaliknya sekadar melontarkan pertanyaan.

 

Sumber itu turut mendakwa kenyataan Azmin itu bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat berhubung laporan rasuah yang dibuat oleh Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

 

“Pada saya Azmin hanya ingin mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu rasuah yang membabitkan pentadbirannya di Selangor,” menurut sumber itu lagi.

 

Khamis lalu Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard mengeluarkan satu surat terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah yang melibatkan Azmin.

 

Melalui surat terbuka tersebut, Chegubard turut melampirkan beberapa dokumen berhubung laporan salah guna kuasa yang turut melibatkan rasuah seks di dalam pejabat menteri besar Selangor itu.

 

Chegubard turut mendakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hanya mampu mengambil pendekatan ‘tutup mulut’ walaupun telah dimaklumkan mengenai isu tersebut. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.