Penduduk Jual Tanah Tidak Tahan Bau Busuk Ladang Babi

KUALA LANGAT – ‘Kepesatan’ ladang babi di beberapa kawasan sekitar daerah ini bukan hanya menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar, tetapi turut menyebabkan sebahagian penduduk Melayu di kawasan tersebut menjual tanah mereka kerana tidak tahan bau busuk.

 

Perkara itu didedahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar, selepas beliau sendiri menerima banyak aduan daripada penduduk yang kecewa dengan sikap acuh tak acuh Kerajaan PKR Selangor dalam menyelesaikan isu tersebut.

 

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, agar sensitif dengan keresahan rakyat memandangkan ladang babi berkenaan semakin membesar.

 

“Kerajaan PKR Selangor kena sensitif dengan sensitiviti orang Melayu dan umat Islam, tidak sepatutnya Menteri Besar berdiam diri (dalam isu ladang babi).

 

“Apa yang menyedihkan rakyat terpaksa menjual tanah mereka di kawasan sekitar ladang babi kerana tidak tahan dengan bau dan pencemaran,” katanya selepas meraikan majlis persaraan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Methodist Banting, Ahmad Roshidi Md. Sirat di sini semalam.

 

Yang turut hadir Ketua Bahagian UMNO Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli, timbalannya, Zurihan Md. Yusop dan Ketua Pemuda bahagian, Jefrizal Mohd. Jaafar.

 

Utusan Online dalam laporan bersirinya mendedahkan ladang babi di kawasan sekitar Kuala Langat kini semakin bertambah jumlahnya sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan umat Islam dan orang Melayu tetapi tiada tindakan konkrit diambil pihak berwajib.

 

Mengulas lanjut, Noh berkata, setiap rakyat negeri ini mempunyai hak untuk bergiat dalam bidang ekonomi termasuk menternak babi, tetapi perkara itu mestilah mengambil kira sensitiviti sesuatu bangsa dan agama mereka.

 

“Kerajaan negeri perlu berlaku adil, jangan bertindak sendirian dan jangan hanya mengutamakan sebelah pihak sahaja, perbincangan dengan rakyat penting supaya penduduk tidak merasa terpinggir,” katanya. – UTUSAN

One thought on “Penduduk Jual Tanah Tidak Tahan Bau Busuk Ladang Babi

  • March 19, 2017 at 1:43 pm
    Permalink

    Berita ini memang sumbernya didapatkan dan ditulis pada tahun inikah ? Jika tak keberatan, boleh penulisnya hubungi saya semula di emel, sebab saya berminat untuk membuat liputan susulan berkaitan isu ini. liyanasuri@gmail.com

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.