NGO Dedah Dokumen Rasuah Pejabat MB Selangor

KUALA LUMPUR – Solidariti Anak Muda Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan dokumen yang mengandungi bukti rasuah di pejabat Menteri Besar Selangor.

 

Menurut  Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa beliau telah menerima beberapa dokumen berkaitan korupsi yag dipercayai salinan penuh rasuah seks di pejabat Menteri Besar Selangor.

 

“Saya telah menerima beberapa dokumen berkaitan korupsi dan salah satu dokumenya dipercayai merupakan salinan penuh laporan Korupsi yang turut melibatkan rasuah seks yang berlaku dalam Pejabat Besar Selangor yang mana laporan ini pernah dibuat oleh YB Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR beberapa bulan lalu,”katanya.

 

Menurut beliau, lopran yang dikeluarkan oleh Rafizi itu mempunyai asas namun mempertikaikan mengapa Rafizi seakan senyap dalam isu ini.

 

Dakwanya lagi, gara-gara tindakan Rafizi yang mendiamkan diri nyata mengecewakan banyak pihak.

 

“Saya sangat yakin laporan yang Rafizi lakukan punya asas dan bukti seperti mana yang sering beliau lakukan sebelum ini. Namun kenapa beliau sendiri senyap dan tidak melakukan pendedahan ? Apa pula tindakan parti mengenai kewujudan korupsi termasuk rasuah seks dalam Pejabat Besar yang dikuasai oleh PKR itu sendiri ?

 

“Ramai yang sangat kecewa dengan Rafizi kerana tidak mendedahkan korupsi ini habis habisan seperti yang dia lakukan sebelum ini. Adakah Rafizi melihat korupsi ini punya ‘kasta’ iaitu yang dilakukan musuh perlu dilawan tetapi yang dilakukan orang dalam PKR ia perlu disenyapkan ? Atau Rafizi menerima ugutan dalam parti dan untuk elak tindakan ia terpaksa senyapkan ? atau Rafizi menerima habuan untuk menyenyapkan perkara ini ?”ujarnya.

 

Dalam pada itu, melalui surat terbuka itu, beliau mempertikaikan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat memilih kes-kes tertentu sahaja.

 

“Setakat ini tanpa berselindung saya mempunyai keraguan terhadap SPRM. SPRM masih menjadi aparat regim yang memilih kes dalam pendakwaan dan pendedahan dan menjadi agen membersihkan korupsi pihak tertentu yang berkepentingan.

 

“Merujuk semula dokumen aduan ini yang saya yakini diperolehi dari sumber dalaman SPRM sendiri. Apakah tahap siasatan SPRM sendiri, kalau bab rasuah seks boleh lah dikatakan saksi pusing tariktuduhan atas sebab tertentu, tetapi bagaimana pula dengan jumlah pegangan aset yang jelas tidak munasabah ?”katanya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.