Najib Sifatkan Azmin Berbohong

KUALA LUMPUR  – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berbohong berhubung dakwaan ada menteri kanan meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Perdana Menteri menerusi Twitter miliknya berkata, tiada mana-mana menteri yang memaklumkan kepada beliau mahu meletakkan jawatan, petik Utusan.

 

“Saya menganggap Azmin berbohong untuk mencetuskan kegemparan kecuali dia boleh mendedahkan nama (menteri) terlibat,’’ katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas mengulas dakwaan Azmin yang mendedahkan ko­nonnya seorang menteri kanan meletakkan jawatan.
Azmin mendakwa, tindakan menteri itu disebabkan anggota Kabinet tersebut tidak mahu bersubahat dengan kes 1MDB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.